Perbicaraan 1MDB | Diminta beredar selepas cadang Jho Low didakwa - Saksi

2022-11-16 0

Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau diminta oleh Datuk Seri Najib Razak untuk beredar daripada kediamannya selepas mencadangkan ahli perniagaan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho (Jho Low) didakwa kerana mencuri AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).